Ada satu cara yang bagus sikit . Kalau ada Antenna Analyser lagi lebih bagus. kalau takada boleh cuba saperti dibawah.
Keperluan asas adalah saperti berikut:-
- Balun
- Tranceiver
- SWR/POWER meter
- Carbon resistor 200 ohm 5 watt keatas
Dari radio ka swr meter dan kabalun out put terminal balun (sebelah sambungan antenna) disambungkab dengan 200 ohm resistor.
Onkan radio , mulaii dengan frequency yang rendah 3.5 mhz atau 7 mhz . tx dengan low power dalam mode cw . cukup dengan satu dit atau dah ,sambil mata tengok swr , catitkan bacaan swr dan power ,ulangkan ujian ini beberapa kali , seterusnya naikan frequency kepada yang lebih tinggi sehingga 28-29 mhz. . Kalau swrnya berada sekitar 1.5 atau 2 pada semua band yang diuji , memang balun ini baik dan boleh diguna .
Sekiranya tak dapat bacaan saperti yang dikehendaki hendaklah ditambah atau dikurangkan lilitan , mengikut pengalaman 8 lilitan cukup baik pada freq 21 mhz dan keatas.
Untuk pengetahuan , air core balun kalau dibuat dengan teliti , bandwidth lebar untuk 3 hingga 4 band tidak menjadi masaalah . satu kebaikan balun jenis ini dia tidak "saturated" Size wire , size former dan lilitan memainkan peranan penting untuk menentukan performance yang optima.